Posts

Showing posts from December, 2023

RINGKASAN 1

Image
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan-kebaikan bersukan . Panjang ringkasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.                Sukan merupakan aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Bagi murid sekolah pula, mereka diwajibkan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Antara sukan yang boleh disertai di sekolah termasuklah bola sepak, badminton dan bola tampar. Terdapat beberapa kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.               Antara faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan termasuklah dapat  menyihatkan  tubuh   badan . Aktiviti sukan yang melibatkan pergerakkan fizikal akan mengeluarkan peluh dan membakar lemak. Individu yang tidak bersukan akan mengalami kelesuan, kesukaran tidur dan berpotensi untuk mendapat penyakit. Individu yang kerap bersukan pula akan mempunyai badan yang sihat dan bertenaga .

ULASAN: KESAN-KESAN JEREBU

Image
                Rajah di atas menunjukkan ______________________. Terdapat beberapa kesan jerebu kepada kita. Antaranya termasuklah  ______________________. Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka sekiranya jerebu berlaku. Selain itu, jerebu juga menyebabkan ______________________. Antara masalah kesihatan yang mungkin dihidapi _____________ kesukaran bernafas, jangkitan saluran pernafasan, dan gatal pada mata. Di samping itu, __________ juga mengehadkan jarak penglihatan. Hal ini membahayakan pemandu jalan raya dan boleh menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, jerebu turut mengganggu aktiviti ______________________. Sekolah dan pejabat mungkin akan ditutup sekiranya jerebu berada pada paras bahaya. Kesimpulannya, jerebu memberi banyak kesan buruk kepada kita.

Karangan Keperihalan: Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Image
                Pada minggu lepas, saya berpeluang menyertai perkhemahan unit  _____________ . Perkhemahan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMK __________________ . Antara badan uniform yang menyertainya termasuklah Pengakap,  _____________, _____________ dan lain-lain. Perkhemahan ini dijalankan di dalam kawasan sekolah dan berlangsung selama dua hari satu malam.               Pada petang Jumaat, semua peserta berkumpul di gelanggang bola keranjang. Para peserta mendegar taklimat penting  _____________  kem komandan iaitu cikgu Hafiz. Kami telah dibahagikan  _____________  beberapa kumpulan. Saya berasa gembira kerana kawan baik saya yang bernama _____________ berada dalam kumpulan yang sama.               Aktiviti pemasangan khemah dimulakan  _____________  pukul 5.30 petang. Setiap kumpulan perlu memasang  _____________  yang telah diberikan. Setiap anggota kumpulan berkerjasama memasang dan mengemaskan kawasan khemah. Saya berasa gembira kerana kumpulan saya telah berjaya menda