Cara-cara menjaga keselamatan di sekolah

 

Isu keselamatan di _______________ sering dibincangkan oleh masyarakat di media massa sama ada di media cetak mahupun di media elektronik. Keselamatan di sekolah membawa maksud sekolah menjadi tempat yang selamat kepada pelajar untuk belajar. Persoalannya, apakah _______________  untuk menjaga keselamatan diri di sekolah?

_______________  cara menjaga keselamatan diri di sekolah adalah dengan amalan perilaku positif. Misalnya, semasa ketiadaan guru di dalam bilik darjah, elakkan perbuatan berlari-lari, bermain-main. bertolak-tolakan atau bergaduh kerana keadaan mungkin menjadi tidak terkawal dan mengundang padah.

Apabila berada di bilik khas seperti di makmal sains, di bilik kemahiran hidup atau di stor sukan pula, sentiasalah mematuhi arahan _______________  sebelum menggunakan alatan atau radas tertentu yang mungkin berat tajam, atau panas kerana sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini, “nasi sudah menjadi bubur”.

Hindarilah diri daripada berada di kawasan larangan dan tegahan seperti kawasan pembinaan, stor penyimpanan perabot lama, tangki air atau bilik-bilik kosong. Tempat-tempat ini sangat berisiko _______________  dipenuhi kerusi meja rosak, licin, lantai yang berlopak, dan berlumut.

Ketika bersukan pula, kita hendaklah mematuhi peraturan keselamatan _______________  padang. Penggunaan peralatan sukan yang membahayakan seperti peluru, cakera, kayu pemukul, kayu hoki dan sebagainya memerlukan kehadiran guru sebagai pemantau atau pemudah cara.

Sebagai kesimpulannya, kemalangan di sekolah dapat kita elakkan seandainya kita sentiasa berhati-hati _______________  mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ingatlah. "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna".

Comments

Popular posts from this blog

Karangan Keperihalan: Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Laporan Perkemahan Unit Beruniform SMK Horley Methodist

Karangan Keperihalan: Pengalaman Menyertai Karnival Keusahawanan