Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar
Masalah ___________ dan salah laku dalam kalangan pelajar semakin berleluasa pada masa kini. Gejala buli, ponteng sekolah, merokok, gangsterisme dan vandalisme banyak diperkatakan di media massa sehingga ada juga yang menyebabkan berlakunya kematian. Terdapat beberapa ___________ berlakunya masalah disiplin pelajar.
Antaranya ialah keruntuhan institusi kekeluargaan. Ibu bapa yang sering bergaduh di hadapan anak akan menyebabkan anak-anak tertekan. Hal ini menyebabkan anak-anak menjadi murung ___________ berasa diri mereka diabaikan.
Kurangnya didikan dan kasih sayang ibu bapa menyebabkan anak-anak memberontak. Ibu bapa perlu meluangkan masa berkomunikasi bersama anak-anak serta memberikan perhatian ___________ mereka.
Selain itu, pengaruh persekitaran seperti pengaruh rakan sebaya, media massa, sekolah dan asrama juga menjadi ___________ masalah disiplin pelajar. Semangat ingin mencuba menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan sesuatu masalah disiplin.
Pelajar juga perlulah mempunyai kesedaran dalam ___________ sendiri. Pelajar sepatutnya memikirkan baik dan buruk sesuatu perbuatan itu sebelum melakukannya.
Usaha untuk mengatasi ___________ disiplin pelajar perlu melibatkan semua pihak. Semua pihak perlu berkerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah disiplin pelajar kerana pelajar adalah generasi yang akan memimpin negara pada masa hadapan.
Comments
Post a Comment