Syarahan: 'Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama’

 

Selamat _______________ saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua SMK Horley Methodist, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati. Dalam perhimpunan kali ini, saya akan menyampaikan _______________ bertajuk ‘Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Bersama’.

 

          Hadirin yang saya hormati,

          Kebersihan sekolah hendaklah dititikberatkan dalam mewujudkan suasana pengajaran _______________ pembelajaran yang kondusif. Murid dapat belajar dalam suasana _______________ selesa. Malah, imej sekolah juga akan meningkat seterusnya menjadi sekolah contoh.

 

          Dalam usaha mencapai impian ini, murid hendaklah melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Murid tidak boleh lepas tangan, contohnya mereka tidak boleh membuang sampah di merata-rata.

 

          Guru-guru dan rakan-rakan,

          Pihak pentadbiran sekolah hendaklah merancang pelbagai program dalam mendidik murid. Malah, tenaga kerja yang menjaga kebersihan sekolah perlu ada bersama-sama untuk membantu.

 

          Di samping itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu berganding bahu bagai aur dengan _______________. Ibu bapa boleh terlibat dalam aktiviti gotong-royong perdana yang diadakan di peringkat sekolah.

 

Saya sangat yakin bahawa kerjasama oleh semua peringkat, iaitu guru, ibu bapa dan murid dapat memastikan sekolah _______________. Sekiranya sekolah bersih akan menjadi kebanggaan semua. Setakat ini sahaja syarahan saya pada kali ini. Saya akhiri syarahan saya dengan _______________ dua kerat,

 

          Mak Milah memasang pelita,

                Kebersihan sekolah tanggungjawab kita.

 

         Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Laporan Perkemahan Unit Beruniform SMK Horley Methodist

Karangan Keperihalan: Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Kebaikan-Kebaikan Amalan Membaca