Keburukan-keburukan Ketagihan Internet
Antara keburukan ketagihan Internet termasuklah membuang ______________. Ramai orang dari pelbagai peringkat umur menjadi ketagih untuk melayari ______________. Mereka menghabiskan masa melayari media sosial, bermain permainan atas talian dan menonton video yang ____________ berfaedah. Masa yang berharga ini sepatutnya digunakan untuk belajar atau melakukan kerja-kerja yang berfaedah.
Selain itu, Internet juga menyebabkan pelbagai ______________. Hal ini disebabkan oleh badan yang terlalu lama duduk dan mata yang lama memandang ______________. Antara penyakit yang berisiko termasuklah obesiti, sakit belakang, dan sakit mata. Ketagihan Internet mendorong ______________ gaya hidup yang tidak sihat.
Di samping itu, ketagian Internet turut menyebabkan remaja lemah dalam akademik. Ketagihan Internet menyebabkan remaja tidak suka ______________ dan hanya mahu melayari Internet. Akibatnya mereka akan ketinggalan ______________ pelajaran, tidak fokus di dalam kelas dan prestasi yang merosot dalam peperiksaan. Ibu bapa perlu mengawal penggunaan Internet anak-anak ______________ rumah.
Akhir sekali, ______________ Internet boleh menyebabkan remaja terdedah kepada maklumat yang tidak selamat. Internet menyimpan pelbagai jenis maklumat sama ______________ baik ataupun sebaliknya. Antara ancaman yang mungkin dihadapi termasuklah gambar lucah, buli siber dan serangan virus. Para remaja perlu dididik ______________ etika penggunaan Internet yang betul.
Kesimpulannya, ketagihan Internet sememangnya mendatangkan pelbagai ______________. Penggunaan Internet perlu dikawal agar kita dapat manfaat darinya. Semoga Internet ______________ dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.
Comments
Post a Comment