Langkah-langkah meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat



Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.


        Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan ____________ media massa. Hal ____________ amat membimbangkan kerana terdapat segelintir masyarakat yang langsung tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Terdapat beberapa langkah untuk meningkatkan semangat patriotik ____________ kalangan masyarakat.

        Antaranya termasuklah dengan mengadakan sambutan bulan kebangsaan ____________ meriah di peringkat sekolah. Hal ini membolehkan nilai patriotik diterapkan dalam diri sejak kecil lagi seperti peribahasa 'melentur ____________ biarlah dari rebungnya'. Pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti ____________ ceramah, kuiz, dan pertandingan melukis poster dengan menawarkan hadiah menarik. Sambutan bulan kebangsaan peringkat ____________ mampu memberikan kesan positif terhadap semangat patriotik seseorang.

        Selain itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan ____________ menerapkan nilai patriotik dalam diri anak-anak. Ibu bapa ____________ menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera ____________ rumah, melawat tempat-tempat bersejarah dan menonton acara sukan bersama anak-anak. Peranan ibu bapa dalam menyemai semangat ____________dalam diri seseorang tidak boleh dipandang rendah.

        Seterusnya, pihak kerajaan perlu melakukan program patriotisme _____________  berterusan. Program ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya hanya tertumpu pada bulan 
_____________  sahaja. Antara program yang boleh dilakukan termasuklah galakan memasang _____________ , kempen di media sosial, dan tayangan filem bertemakan patriotik. Program patriotisme secara berterusan mampu meningkatkan kesedaran patriotik dalam diri rakyat _____________ .

        Akhir sekali, agensi swasta turut boleh membantu meningkatkan semangat patriotik _____________ kalangan masyarakat. Setiap _____________ swasta mampu memainkan peranan mereka yang tersendiri untuk memupuk semangat patriotik masyarakat. Agensi swasta boleh menyalurkan dana untuk menampung program kemerdekaan di sekolah, memasang bendera di bangunan milik mereka dan _____________ sumbangan ke tabung pahlawan. Peranan pihak swasta sudah pasti mampu meningkatkan semangat _____________ dalam kalangan masyarakat.

        Kesimpulannya, langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan semangat patriotik terus kukuh _____________ diri setiap anggota masyarakat. Semangat patriotik membolehkan rakyat Malaysia yang berbilang _____________ terus bersatu padu. Semoga rakyat Malaysia lebih bersikap _____________ dan menghayati nikmat kemerdekaan.


                                                                                                                                         (           patah perkataan)

Comments

Popular posts from this blog

Laporan Perkemahan Unit Beruniform SMK Horley Methodist

Karangan Keperihalan: Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Kebaikan-Kebaikan Amalan Membaca