Kebaikan-Kebaikan Amalan Membaca


             Amalan membaca ialah perbuatan menelaah bahan-bahan bacaan sama ada fiksyen ataupun bukan ______________ . Program nilam di sekolah diadakan untuk memupuk budaya ________________. Antara bahan bacaan yang boleh dibaca adalah seperti buku rujukan, novel, dan majalah. Terdapat beberapa ______________  amalan membaca.

            Antara kebaikan amalan membaca termasuklah ______________  menambah ilmu pengetahuan. Membaca bahan bukan fiksyen ______________ meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang tentang sesuatu topik atau isu. Antara contoh bahan bukan fiksyen termasuklah surat khabar, jurnal dan biografi. Amalan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan seseorang dan mampu menjadikan seseorang itu suka akan sesuatu subjek bak kata pepatah 'tak kenal ______________ tak cinta'.

           Selain itu, amalan ______________  juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata. Banyak perkataan baharu dapat dipelajari melalui ______________ . Seseorang yang gemar membaca sudah pasti akan menemui perkataan-perkataan baharu yang memerlukan pembaca merujuk kamus. Perbendaharaan kata yang luas membolehkan seseorang ______________  menulis karangan dengan baik.

        Di samping itu, amalan membaca menjadi aktiviti yang berfaedah ______________ mengisi masa lapang. Bahan bacaan seperti novel memerlukan masa ______________  lama untuk dihabiskan. Oleh itu seseorang yang gemar membaca akan terhindar daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah ______________ merugikan. Amalan membaca menjadi sesuatu yang ideal untuk murid mengisi masa lapang.

            Akhir sekali, amalan membaca membolehkan seseorang mengetahui isu _____________ yang berlaku. Seseorang yang gemar membaca _______________  akan mengetahui perkembangan yang berlaku di dalam dan luar negara. Antara maklumat yang boleh didapati dalam akhbar termasuklah berita mengenai ______________ , ekonomi dan politik. Seseorang yang gemar membaca tidak akan menjadi 'katak di ______________  tempurung'.

            Kesimpulannya, aktiviti membaca sememangnya membawa banyak ______________ kepada kita. Semua pihak harus berganding bahu bagai ______________ dengan tebing untuk mempromosikan amalan membaca. Semoga amalan membaca menjadi amalan ______________  Malaysia.


                                                                                                                                 (          patah perkataan)

Comments

Popular posts from this blog

Karangan Keperihalan: Pengalaman Menyertai Perkhemahan

Laporan Perkemahan Unit Beruniform SMK Horley Methodist

Karangan Keperihalan: Pengalaman Menyertai Karnival Keusahawanan